Wednesday 8 March 2017

Atasi Masalah Lesu ,Letih,Penat

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 23: ASFA NORAIN MASRI

[ALFALFA COMPLEX JAGA KESIHATAN LUARAN DAN DALAMAN SUAMI ISTERI]
.



Assalamualaikum W.B.T. semua.

Saya Asfa Norain Masri. Saya berumur 31 tahun. Saya mempunyai 3 orang anak.Saya ingin berkongsi cerita tentang kelebihan Alfalfa kepada saya dan suami.
.

Korang pernah bukan tercari-cari produk untuk dalaman wanita. Dah cuba pelbagai produk tiada yang serasi termasuk jamu dan bermacam petua. Perasan tak sekarang terdapat lambakan produk yang tidak diketahui bahannya.
.

Berjinak mengenali satu produk ini yang buat rasa sayang rasa rugi kalau tak dapat rasa walaupun sehari. Bila dapat Asfa dan suami berkongsi amalkan keistimewaan Alfalfa. Wow.. SUPERB penangan ALFALFA COMPLEX.
.

Kesannya sangat hebat sampai tak terkata bagi kami suami isteri. Suami cakap Alfalfa meningkatkan stamina, badan ringan,kurangkan kelesuan dan keletihan. Pengambilan Alfalfa membantu suami senang membuang, melawaskan, menyingkirkan toksin yang bertindak detoks darah hati dan usus. Hanya diri bisa merasai perbezaannya setiap kali pengambilan. 
.

Wow... sebagai seorang wanita saya sangat menjaga bahagian keintiman. Pengambilan Alfalfa membantu seimbangkan hormon, memperbaiki sistem reproduktif wanita, memulihkan urat selepas bersalin dan meneutralkan asid dalam badan.
.

Dengan konsisten mengamalkan ALFALFA saya merasa perubahan yang ketara miss V k**** apabila bersama suami,miss P rasa tegang, masalah keputihan hampir tiada dan paling seronok membantu mengurangkan masalah senggugut dan darah kotor haid keluar dengan lancar sekali. Korang patut cuba amalkan Alfalfa tau.
.

Sehingga sekarang pun Asfa masih amalkan Alfalfa sebab Alfalfa sebagai penggalak susu. Saya masih menyusukan anak yang berumur setahun 6 bulan. Alhamdulillah.. Untuk pengetahuan Alfalfa mengandungi 'galactogogue' membantu mempercepatkan dan menggalakkan penghasilan susu badan. Dan pengambilan Alfalfa membantu menyediakan tubuh badan ibu dengan banyak vitamin dan mineral.
.

Banyakkan kelebihan dan kebaikan Alfalfa kepada badan kita terutama sebagai wanita. Saya syorkan anda amalkan Alfalfa bagi menjaga aset anda sebagai wanita. Inilah vitamin pilihan saya. Terima kasih Shaklee.

Buasir Hilang Selepas Pantang

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 24: FARAH QURRATUN AINI

[BUASIR KETIKA HAMIL SEMBUH & JAUNDICE CEPAT TURUN DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE]
.



Assalammualaikum Saya Farah Qurratun Aini ibu kepada 2 orang cahaya mata. Saya ingin berkongsi kisah Shaklee Effect saya selepas menggunakan set berpantang Shaklee yang sangat awesome tu.
.

Kisahnya saya mengalami sembelit ketika berpantangkan anak sulung pada tahun 2014. Ketika itu disebabkan tiada pengalaman saya lambat mengambil ostematrik. Kesan nya ketika hendak membuang najis sudah menjadi keras. Disebabkan itu saya mengalami pendarahan dan ada sedikit buasir. Namun begitu selepas berpantang saya tidak berusaha untuk menghilangkan buasir tersebut kerana saya tidak lagi mengalami sembelit dan tidak berasa sakit.
.

Namun begitu, disebabkan tidak mengambil kisah tentang masalah buasir tersebut, saya sekali lagi mengalami sembelit yang teruk ketika mengandungkan anak yang ke-2. Bila sembelit maka bausir pun muncul. Apa yang saya perasan , pengambilan coklat yang banyak ketika hamil menjadi penyebab saya sembelit. Bila dah sakit, bengkak dan berdarah saya terus mengambil Ostematrix, Omega Guard dan Garlic Complex. Alhamdulilah buat sementara waktu buasir tersebut tidak lagi sakit dan bengkak. Namun ketika usia kandungan 7 bulan ,saya merasakan buasir saya makin terkeluar disebabkan faktor bayi makin membesar dan menekan usus kita. 
.

Apabila saya melalui proses bersalin normal, masalah buasir saya sampai ke tahap yang teruk. Menurut kata nurse yang datang melawat buasir saya dah keluar menjadi bentuk kelopak bunga ros dan saya dapat merasakan buasir tersebut bengkak. Doktor juga mengesyorkan saya melakukan pembedahan ikat buasir tersebut selepas berpantang. Kesan luka ketika proses bersalin juga membuatkan kesengsaraan yang amat sangat. Saya tidak boleh duduk dan jika berusaha untuk duduk pon saya perlu sengetkan punggung namun tidak lebih dari 15 minit. Menyusukan bayi juga saya terpaksa menyusukan secara baring.. Lagi bertambah sengsara apabila saya dan bayi di tahan wad semula kerana bacaan kuning bayi pada hari ke-3 13.7mg/dL. Keadaan diri yang begitu dan perlu menyusukan bayi sekerap yang boleh untuk menurunkan bacaan kuning membuatkan saya rasa sangat tertekan namun saya tabahkan jua hati. Fahamlah kan katil hospital macam mana..tinggi dan keras. 
.

Alhamdulilah, asbab saya mengambil set berpantang Shaklee, esoknya hari ke-4 bacaan kuning bayi menurun dan petang itu saya boleh discaj dari wad. Bila balik rumah , saya pulun lagi beri susu sekerapnya kepada bayi dan malam tu saya mula mengambil Vivix. Alhamdulilah hari ke-5 bacaan kuning 12.2mg/dL dan hari ke7 bacaan kuning 9.5mg/dL dan doctor terus discaj anak saya dari kuning. Namun kami tetap membawa anak cek kuning sehingga hari ke-10 dan bacaan akhir kuning nya ialah 7.0mg/dL. Sepenuhnya anak saya sembuh dari jaundice 
.

Selain itu, susu badan juga lebih meriah berbanding ketika berpantang anak sulung dan paling menakjubkan setelah 2 minggu konsisten ESP, Vita C, B-Complex, Ostematriks, Omega Guard, Garlic, Lecithin, dan Vivix , buasir saya semakin mengecut dan jahitan saya juga semakin sembuh. Saya dah boleh bergerak laju tanpa memikirkan luka jahitan dan saya tidak langsung berasa ngilu dibahagian jahitan. Saya tidak langsung alami sembelit walaupon saya mengambil minuman coklat. Yang paling saya teruja selepas berpantang buasir saya langsung tiada..nurse yang buat checkup ketika genap sebulan selepas bersalin juga terkejut melihat buasir yang teruk dahulu semakin sembuh dan Alhamdulilah saya yakin buasir saya sudah tiada dan tak perlu lagi melakukan pembedahan ikat buasir. Dan bonus nya, berat badan saya juga hanya tinggal 50Kg sahaja berbanding masa buat buku pink ketika usia kandungan 8minggu berat saya 55Kg dan pagi sebelum bersalin berat akhir saya 63Kg. Jumlah berat saya turun dengan Set Berpantang Shaklee ini ialah 13kg. 
.

Alhamdulilah.. Itulah Shaklee Effect saya. Dan saya amat mengesyorkan ibu-ibu diluar sana yang mencari Set Berpantang pilih lah set berpantang Shaklee kerana ia sangatlah value for money!!

Ketumbuhan Pada Payu Dara Hilang

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 18: ZAMZAKIDAH ABDUL HAMID

[DOKTOR SAHKAN KETUMBUHAN DI PAYUDARA HILANG SETELAH 3 MINGGU AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE]
.



Assalamualaikum, Saya Zamzakidah Binti Abdul Hamid ingin berkongsi 1 pengalaman yang tak pernah terjangka oleh fikiran saya pada suatu ketika dulu dan sebagai seorang wanita, sesiapa pun tidak inginkan apa yang pernah saya alami.
.

Pada Julai 2014, ya pada tahun 2014,sudah hampir 3 tahun perkara ini berlalu. Tapi tak pernah saya lupakan dalan lipatan sejarah kehidupan saya apabila saya telah menerima ujian hebat dengan mengalami simptom-simptom pengidap BARAH PAYUDARA. Allahuakhbar ,betapa dunia saya terasa gelap seketika waktu itu.
.

Bermula dengan lelehan cecair yang berwarna merah kehitaman yang keluar dari ‘nipple’ payudara sebelah kanan adalah permulaan saya menyedari masalah yang saya hadapi. Bukan cecair biasa, tapi berdasarkan dari warna dan bau cecair tersebut confirm DARAH.Pada yang tak boleh bayangkan macam mana rupanya,saya lampirkan sekali untuk anda.Tanpa rasa sakit atau ada bonjolan disekitar payudara, tetiba boleh jadi macam ni. Boleh bayangkan tak perasaan saya masa tu. Memang sangat panik.
.

Keesokkan hari, saya terus mendapatkan pemeriksaan di hospital yang berhampiran untuk mengenalpasti masalah yang saya hadapi walaupun ada perasaan takut jugak sebenarnya. Hasil daripada pemeriksan dan imbasan ULTRASOUND & MAMMOGRAFI yang dijalankan oleh doktor pakar, terdapat 2 ketul ketumbuhan dikesan berada di ‘LOWER & UPPER OUTER QUADRANT' di sebelah kanan payudara saya. Doktor terus menetapkan 1 lagi tarikh untuk saya menjalankan ujian BIOPSI untuk mengambil sampel sebahagian tisu untuk mengenalpasti jenis ketulan tersebut. Dan hasil ujian itu, ketulan ketumbuhan pada payudara saya adalah SEL BUKAN DARI KUMPULAN KANSER. Alhamdulillah, tetapi doktor tetap mencadangkan kepada saya untuk menjalankan pembedahan untuk membuang 2 ketul ketumbuhan itu supaya ianya tidak menjadi potensi untuk terjadinya kanser payudara.
.

Atas pandangan dan nasihat sahabat merangkap upline saya, VIVIX adalah satu-satunya alternatif dan usaha saya untuk mengurangkan risiko menghadapi sebarang kemungkinan sebelum hari pembedahan. Dan setelah hampir 3 minggu konsisten mengamalkan Vivix, hari yang mendebarkan telah tiba. 21 Ogos 2014,sebelum ke dewan bedah saya di bawa sekali lagi untuk membuat pemeriksaan imbasan Ultrasound.
.

Allahuakhbar !!! Ketumbuhan yang 2 ketul tu dah tinggal 1..puas doktor mencari mana hilangnya yang seketul lagi.Confirm tak ada!!! Dan yang tinggal 1 sahaja itu pun saiz nya dah kecil dari saiz asal haritu. (tak tau nak react macam mana..tapi nangis jugak la, sebab Allah permudahkan semuanya untuk saya). Jadi, pembedahan tetap di jalankan juga untuk membuang 1 sahaja ketumbuhan yang masih tinggal. Nasib baik la kan, kalau tak mesti kena tebuk 2 tempat. Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan yang tak sampai 1 jam pun operasinya .
.

Inilah Shaklee Story saya untuk tatapan semua. Untuk yang masih ragu-ragu dengan Vivix Si Tonik Ajaib, ini adalah kisah benar saya bersama Vivix. Bagaimana Vivik membantu saya menghadapi saat-saat kemurungan saya untuk seketika. Dan Vivix juga lah yang membuat saya kembali tersenyum gembira. Untuk membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh, Vivix adalah pilihan yang terbaik.

Terima Kasih Vivix Terima Kasih Shaklee.

Gula Putih Penggalak Kanser ?

GULA PUTIH PENYEBAB KANSER !!!!

time sihat, happy je. Siap upload gambar bangga dengan saiz badan berkali ganda, lepas tu letak status ‘’Ya, aku gemuk. Ada aku kisah apa kau nak kata?’.. aduii.. Jangan cam tu kak, bahaya! Kena la kisah sebab badan kita ni bukan kita punya, Allah bagi pinjam je. Benda yang dipinjam, kena la pulang balik dengan sempurna. Betul?




Kanser sekarang ni tak mengenal usia. Gaya hidup yang tidak sihat serta diet merupakan penyumbang utama. Kajian menunjukkan 1/3 dari semua jenis kanser sangat berkait rapat dengan pemakanan kita!

Kenapa Kanser berlaku?

Kanser ni satu perkara yang sangat kompleks. Ia bermula dari DNA sel yang rosak dan menyebabkan ia membesar tanpa kawalan dan mengganggu sel-sel lain.

Senang kata macam ni, analogi DNA kita ni macam computer juga, dia ada kod tertentu untuk kawal on, off, program etc. Tapi bila computer dah kena virus, semua system hang. Keluar la ntah macam-macam nombor-nombor yang kita pun tak boleh nak baca.

DNA ni pun computer dalam badan kita, bila rosak sistem, dia mula la hasilkan ntah apa-apa protein pelik yang menyebabkan sel tu boleh membesar, merebak dan menggangu sistem yang lain. Mula di ovari, tapi lepas tu merebak ke tempat lain seperti hati, paru-paru, otak, tulang dan mana-mana yang dia suka.

Persoalannya?

Apa yang menyebabkan DNA kita boleh rosak?

Kata kunci di sini ialah ‘INFLAMMASI’ atau ‘KERADANGAN’.

Apa benda tu?

Contohnya ada kena gigit dengan semut api . Perasankan tempat tu akan jadi merah, gatal, bengkak dan sakit. Itu la inflammasi atau radang.

Ia adalah satu tindakbalas sistem badan semulajadi kita terhadap pelbagai anasir luaran dan dalaman yang mengganggu badan kita contoh macam – luka, toksin, stress, cedera, . Ia adalah satu protective mechanism atau respons sistem imun yang normal untuk membaikpulih badan kita.

So, apa yang bahayanya?
Bahayanya kalu inflammasi ni berlaku secara berterusan dan keadaan ‘senyap’ atau tidak kita sedari. Chronic inflammation yang paling merbahaya, The Silent Killer!

Contoh ‘perosak senyap’ yang menyebabkan inflammasi kronik dan merosakkan DNA sel adalah :

1. Stress yang kronik – beban kerja, boss, stress dengan suami, anak-anak etc.

2. Makanan yang tidak sihat - mengandungi banyak pengawet, kimia, kalori berlebihan.

3. Gaya hidup yang tak aktif – banyak duduk dari bergerak

4. Merokok

5. Toksik – dari pencemaran air, udara dan pelbagai ubat-ubatan, supplements yang tidak mempunyai ujian klinikal, kosmetik yang mengandungi racun tersembunyi.

6. Obesiti - sel lemak adalah 'inflammatory organ'

7. Jangkitan kuman – terutamanya ‘recurrent infection’.

8. Alkohol

Inflammasi kronik akan merosakkan kestabilan DNA dan menyebabkan sel membiak dan merebak tanpa kawalan.

Sel kanser sekarang ni semakin ‘pandai’ dan resistant terhadap rawatan. Lebih cerdik dan bijak kerana Ia mampu membentuk saluran darah baru (Angiogenesis) untuk supply lebih banyak oksigen dan nutrient ‘makanan’ yang diperlukan untuk dia membesar.

Dan dalam approach atau pendekatan baru untuk mengawal dan membunuh sel kanser ini ialah kita perlu fokus atau attack kepada saluran darah yang mengalir kepada sel kanser tersebut – STOP pembentukan saluran darah baru dan hentikan semua nutrient yang menyumbang kepada 'kegemukkannya'.

Kita bukan hanya target pada sel kanser tapi pada akar umbinya! Hentikan semua supply oksigen dan makanan untuk dia dan koloninya, dan biarkan mereka terbantut pertumbuhannya!

Dan tahukan anda bahawa GULA adalah makanan kegemaran sel-sel kanser?Taking sugar means you are FEEDING your cancer cells!

Kajian menunjukkan dalam sel badan badan manusia mempunyai microtumour yang tidak dapat dikesan secara klinikal. Samada ia akan aktif atau tidak – bergantung pada diri seseorang itu, gaya hidup, diet dan pelbagai faktor yang menyumbang kepada keradangan atau inflammasi yang kita bincangkan sebelum ini.

Gaya hidup kita, pemakanan kita semuanya menyumbang samada mikrotumour itu akan aktif atau dorman. We have a choice and it can be prevented!

Dalam pendekatan Nutrition therapy – kita fokus untuk pada berikan natural ‘anti-canser phytochemical’ melalui diet harian setiap hari. Walau sedikit, tapi setiap hari ia akan memberi impak fdalam jangka masa panjang. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah kumpulan makanan yang mempunyai banyak bahan yang mempunyai sifat anti-kanser ini.

sumber : Dr Malinda

Apa yang patut kita buat untuk cegah kanser?

Vitamin yang dicadangkan untuk kita Makin Sihat dan elak Kanser dari awal

Salah satu daripada kandungan utama dalam Vivix adalah resveratrol yang telah terbukti dalam banyak kajian saintifik boleh membantu mencegah dan merawat kanser.

Antara kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan resveratrol melawan kanser:
Kajian dalam Annals of The New York Academy of Sciences pada tahun 2011 melaporkan beberapa kajian awal menunjukkan resveratrol mempunyai kesan anti kanser.

Kajian yang diterbitkan oleh FACEB jurnal pada October 2011 menunjukkan resveratrol berjaya menghalang sel kanser payu dara daripada membesar.

Kajian yang dibuat oleh University of Nebraska pada tahun 2008 mendapati resveratrol berjaya menghalang estrogen daripada bertindak balas dengan DNA dan menyebabkan kanser payu dara.

Kajian yang dibuat oleh University of Florida pada tahun 2011 menunjukkan resveratrol mempunyai sifat anti-carcinogenic yang boleh menghalang sel normal menjadi sel kanser.

Kajian yang dibuat oleh University of Kansas pada tahun 2012 menunjukkan resveratrol boleh membantu menghalang kanser prostate daripada membesar.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MERAWAT KANSER?

Vivix membantu merawat kanser dengan membetulkan DNA sel yang rosak supaya signal sel dapat diproses dengan betul. Ini akan menyebabkan sel-sel kanser yang rosak ini ‘membunuh diri’ melalui proses apoptosis.

Apabila semakin lama menggunakan Vivix, sel-sel kanser akan semakin berkurangan dan akhirnya hilang. Anda boleh teruskan dengan Vivix walaupun anda sudah bebas kanser kerana khasiat Vivix sangatlah banyak.

Perlu diingatkan VIVIX bukan ubat tetapi vitamin. Ini bermakna makan VIVIX bukan bermakna anda tidak perlu buat kimo. Stop kimo atau tidak bergantung kepada pemeriksaan Doktor Pakar. VIVIX adalah vitamin yang bantu kuatkan sel sel sihat supaya boleh lawan sendiri sel sel kanser. Vitamin adalah makanan tambahanan yang support supaya badan kita sendiri boleh melawan penyakit.



Kenapa tidak makan sahaja makanan berkhasiat?

Makanan berkhasiat seperti sayur, buah adalah wajib. Vitamin kita tambah supaya lebih lengkap nutrisi dalam badan. Cuma bayangkan badan lemah akibat kimo. Boleh ke pesakit kanser makan buah, sayur secukupnya. Dan kalau makan adakah ianya cukup keperluan?

Hilangkan Perut Buncit

CARA BERSENAM HILANGKAN PERUT BUNCIT !!!

Salam sejahtera semua. Apa khabar ? Selamat berpuasa ye semua. dah hari ketiga nih, makan semua ok ke ? Tentu ramai nak tahu cara nak buat senaman yang betul untuk hilangkan perut buncit. Ish ish, memang sukar jugaklah ye tak ? Banyak sangat lemak, lemak kat perut memang sukar. Jom kita sambung baca lagi.




2 JENIS LEMAK PERUT

Hooo, yang ni kena baca betul-betul sikit. 2 jenis lemak yang disebut-sebut dalam artikel mat saleh ialah Subcutaneous Fats dan Visceral Fats. Oklah apa beza dua lemak nih ? huuu, memang banyak beza. Kalau korang search gambar pun mesti tengok, hoo. ini bezanya.

Subcutaneous - Yang ni adalah lemak yang memang 'sub', bawah kulit. Memang kelihatan jelas lemak tuh, membuatkan korang nampak makin comel. So biasanya ada kat perut, lengan, dan macam-macam tempat lagilah. Yang ni adalah petanda korang makin gemuk, dan obesiti.
Visceral - Perkataan 'viscera' itu merujuk kepada organ dalaman, dalam abdomen. Biasanya boleh terjadi dalam hati, jantung dan organ dalaman yang lain. Jadi lemak ini sangat bahaya, sebabnya, sukar dikesan, orang kurus pun boleh jadi ada lemak ini. Penyebab banyak penyakit bahaya seperti kolesterol tinggi, darah tinggi,diabetes, dan nyanyuk.

6 SEBAB PERUT BUNCIT

Memang ada beberapa sebab utama, yang ni mungkin korang akan alami, secara tak sengaja atau memang korang sengaja tak jaga
Usia - ini faktor yang utama jugaklah, usia makin tua, metabolic rate makin rendah, jadi memang perut tu sukar nak cover. Tapi ada je yang tua , badan masih ok lagi
Makanan diproses - makanan sebegini memanglah tak elok, kalau makan banyak sangat boleh menyebabkan keradangan, sukar nak kuruskan perut
Makan lemak yang salah - yang ni sebelum ini dah cerita, ada lemak yang baik, dan lemak yang tak baik. Lemak tepu dikatakan penyebab peningkatan visceral fat dalam badan kita
Stress - yang ni sukar nak bantu, tapi sebelum ini ada cerita pasal stress memang boleh sebabkan perut buncit dan berat badan naik
Tidur tak cukup - ada satu kajian menunjukkan tidur perlulah berkualiti, kalau tak jawabnya, boleh menyebabkan perubahan saiz perut.
Senaman yang tak betul - memang kita selalu senaman, tapi senaman tu tak betul dan tak efektif untuk kecilkan perut.

CARA SENAMAN TERBAIK KURUSKAN PERUT

Memang banyak senaman yang bagus, tapi bukan semua senaman berkesan untuk kuruskan perut. Jadi ada tips penting nak senaman yang betul. Kebanyakan senaman bakar kalori, tapi belum tentu boleh bakar lemak. Jadi senaman terbaik ialah kena gabungkan kardio dan weight lifting. Senaman kardio memang bagus, tapi sebenarnya belum cukup. Antara tips terbaik ialah cabar diri anda untuk membuat senaman yang lebih berat. Senaman begini boleh meningkatkan metabolisme yang mampu memecahkan lemak di perut. Jadi, jawabnya, kena buat senaman yang tinggi intensity. Itu je. Jenis senaman banyak, itu refer google je .

TIPS LAIN NAK KECILKAN PERUT

Oklah, bannyak tips lain nak kecilkan perut, kalau korang baca sebab di atas, cuba tukar tabiat permakanan korang macam di bawah.

Makan natural food - makan lebih sayur-sayuran, buah-buahan, yang lebih semula jadi
Omega-3 - ambil omega-3, minyak ikan bagus untuk kuruskan badan dan pembinaan otot
Tidur cukup - jaga kualiti tidur anda, tidur sangat penting untuk kesihatan
Kurangkan gula - ini tips dari dulu-dulu punya, dan berkesan

ANGGUR MUSCADINE UNTUK KURUS ?

Tahukah anda makan anggur boleh membuatkan kita kurus. tetapi bukan anggur sebarang anggur tau. ianya anggur termahal di dunia iaitu ANGGUR MASCUDINE. Anggur adalah sejenis tumbuhan hebat dan istimewa. Malah di dalam al-Quran ada disebut 6 kali tentang buah anggur. Anggur dikatakan antara buah yang dibawa dalam bahtera Nabi Nuh.

KEHEBATAN ANGGUR

Ada pelbagai jenis anggur di dunia, dan salah satunya ialah anggur muscadine atau dikenali sebagai anggur muskat, yang dikatakan anggur paling istimewa.

Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.

Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan alam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).

RESVERATROL UNTUK KURUS ?

RESVERATROL beri kebaikan dgn meningkatkan kebolehan badan kita mengenal pasti "lemak" melalui hormon insulin

HORMON INSULIN dalam badan mampu mengenal pasti "sensitivity" LEMAK dalam badan sama ada lemak tu perlu disimpan sebagai " lemak kekal" dalam badan atau di jadikan "bahan bakar" untuk tenaga

RESVERATROL mampu "block" aka menghalang sel2 lemak pra-matang dari wujud dan sel lemak- lemak yang sedia ada dari berkembang

RESVERATROL juga mampu memperbahui sel2 dan aktifkan sel2 dlm badan, bila sel2 aktif akan menguatkan organ2 dalaman badan dan organ mampu bekerja secara effisyen dengan pengaliran oksigen yang mencukupi di dlm saluran darah

RESVERATROL membantu pengurangan pengumpulan dan penghalang sintesis lemak dan seterusnya meningkatkan pengoksidan asid lemak kerana RESVERATROL membantu meningkatkan pengaliran darah yang membawa oksigen ke seluruh badan iaitu pembakaran lemak.

RESVERATROL membantu memberi rasa kenyang yang berpanjangan sekaligus dapat mengurangkan keghairahan anda melihat makanan yang lazat depan mata.




VIVIX SHAKLEE

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 4 fakta di bawah terbukti vivix memang hebat.

Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan dan HALAL!

Saintis telah menjalankan kajian dan hasil kajian mendapati orang-orang Perancis gemar memakan daging yang berlemak tinggi dan minum wain dengan banyak, tetapi kadar penyakit jantung tetap rendah di Perancis. Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah.

Satu hidangan Vivix mengandungi jumlah resveratrol yang sama banyak seperti yang terdapat dalam 100 gelas wain merah.

Sekiranya hendak dibandingkan dengan minuman jus lain, Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu teh sehari mampu membekalkan ORAC* value yang diperlukan tubuh iaitu 3000-5000 ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity (ORAC) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods )

Sakit Tulang Belakang Bongkok

ELAK MASALAH SAKIT TULANG BELAKANG, BONGKOK,

Memang masalah sikit pasal bongkok tulang belakang. Orang tua biasanya akan ada masalah osteoporosis. Ada juga masalah lain, tulang belakang dan bengkok, tapi bukan bongkok, tapi biasanya kita ni banyak puncanya. Mungkin dari kecik dah kena, atau ada juga masalah lain seperti angkat berat, kurang kalsium dan sebagainya. Jadi bongkok nih memang akan jadi masalah dan buat tulang belakang korang jadi lebih bermasalah.



TIPS JAGA TULANG BELAKANG

Apapun, kena jaga tulang belakang ini, sakit woo, tapi apapun kena baca jugak tips yang nak dikongsikan di sini, amek tips ni pun kat blog nih, hahaha, so mula-mula kena jaga jugak teknik jaga tulang belakang, yang penting kena jaga benda ini dulu.

Ketika mengangkat barang atau bayi dari lantai, jangan membongkok. Bengkokkan sedikit lutut. Ketika membongkok dan mengangkat barang berat dari lantai, ini menyakiti dan membebani tulang punggung dengan beban berat. Ia boleh menyebabkan kekejangan. Ketika hendak mengangkat barang berat dari lantai, pastikan menjaga tulang belakang supaya tetap lurus. Angkat barang tersebut dekat dengan tubuh, lalu perlahan-lahan berdiri.

Begitu juga ketika Anda menyimpan barang berat ke tempat yang tinggi dari kepala, pastikan jangan mengangkat barang tersebut lebih tinggi dari kepala. Jika hendak menyimpan barang berat di tempat yang tinggi, gunakan tangga atau kerusi. Mengangkat beban berat di atas kepala menyebabkan tulang belakang mendapat tekanan yang sangat besar.

Ganti posisi sekerap mungkin jika harus berdiri dalam waktu lama. Contohnya ketika menyerika baju, gunakan alas atau kerusi kecil untuk meletakkan kaki secara bergilir-gilir. Ini perlu untuk menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdiri tegak, jangan membongkok dengan kepala tegak.

Berjalan dengan tegak, dengan kepala memandang ke depan dan punggung lurus. Berjalanlah dengan postur tegak, pandangan ke depan, dan ujung-ujung kaki menunjuk lurus ke depan. Gunakan kasut yang selesa dan bertapak tipis. Hindari berdiri dengan posisi yang sama dalam waktu lama. Jangan berjalan membongkok, hindari menggunakan high heels dalam waktu yang lama.

Ketika di dalam kereta, duduklah tegak, tarik sit supaya kaki berada lebih dekat dengan pedal. Pastikan kedua lutut Anda selari dengan pinggul. Sokong bahagian bawah punggung dengan penyokong tulang belakang. Jangan duduk terlalu jauh dari stering. Perhatikan kaki ketika menekan pedal. Jika terlalu jauh, dekatkan, ini kerana otot kaki boleh menyebabkan menjadi kejang dan tekanan di tulang punggung.

Ketika duduk di depan komputer atau di depan tv terlalu lama, pastikan peha selari dengan lantai, jangan sampai lutut lebih tinggi dari peha atau angkat kaki lebih tinggi dari lantai. Biarkan kedua telapak kaki berada rata di lantai dan punggung mendapatkan sokongan dari belakang kerusi. Untuk lebih selesa, berikan pelapik bergulung dibahagian bawah punggung. Pastikan anda melihat lurus ke depan, tidak menunduk atau melihat ke atas. Posisi yang tidak selesa dalam waktu yang lama boleh menyebabkan kekejangan otot.

Ketika tidur, manusia memang memiliki kebiasaan dan posisi keselesaan masing-masing. Namun, untuk menjaga supaya tulang punggung tetap baik, pastikan tempat tidur cukup keras dan rata. Ketika tidur dengan posisi mengiring, bengkok sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertemu. Jika tidur telentang, letakkan bantal kecil dibawah lutut. Hindari tidur telungkup, kerana ini boleh menyebabkan tulang belakang sakit. Elakkan tidur di fabrik yang terlalu lembut, seperti sofa, kerana ia tidak boleh menyokong tulang punggung.

sumber:aida

VITAMIN UNTUK TULANG BELAKANG SIHAT

Kalau rasa dah teruk sangat sampai pergi hospital pun tak boleh, jadi apa kata korang boleh pertimbangkan untuk mendapatkan makanan tambahan untuk sakit tulang belakang. Walaupun testimonial ini untuk sakit scoliosis, tapi memang sangat dicadangkan untuk kebanyakkan sakit tulang belakang nih.



VIVIX - melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol. Vivix mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.

COLLAGEN - Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja

OSTEMATRIX - padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Membentuk tulang dan gigi yang kuat. 1,000mg elemental kalsium, 400mg magnesium, 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium